Assalamualaikum ^_^
pernah tak dengar orang selalu cakap "ko tak faham masalah aku, ko tak rasa apa yang aku rasa. ko bukan di tempat aku, ko tak faham apa yang aku rasa."
okay, firstly semua manusia dekat dunia ni ada masalah. even budak kecil sekali pun. anak saudara aku akan jadi masalah dekat dia kalau dia tak boleh bukak sumi yang dia nak makan. tapi ye lah, takkan nak samakan masalah kita yang dah dewasa ni dengan budak-budak kan. tapi jangan disebabkan masalah kita, ia menjadi masalah dekat orang lain jugak. kalau kita nak orang berada di tempat kita, rasa apa yang kita rasa memang takkan sama. terkadang kita tak tahu pun ada orang yang berdepan dengan masalah yang lagi besar dari kita tapi dia cuba hadapi, cuba bangun walaupun sendiri, cuba kuat walupun mungkin hayatnya hanya sementara.
jangan sesekali minta orang lain untuk berada di tempat kita, kerana meskipun dia berada di tempat kita ia takkan sama. mungkin cara dia menghadapi masalah tu tak sama dengan kita. jika seseorang tu benar-benar memahami kita dia akan cuba letakkan diri dia dalam situasi kita, tapi at the end, tetap takkan sama. apa pun masalah kita, kalau dah tak mampu hadapi, luahkan kepada orang yang terdekat, yang boleh dipercayai dan yang lebih utama iaitu Allah. DIA uji sebab dia tahu kita mampu. banyakkan bersabar teman.
dan sebagai seorang teman, fahami situasi kawan kita, jangan diejek jangan disindir. tidak semua manusia sekuat itu, ada yang mudah jatuh hanya kerana keputusan peperiksaan teruk, ada yang jatuh bila putus kawan, ada yang jatuh bila kehilangan ibu bapa. jangan expect semua dugaan dia boleh harungi setabah engkau, bantu dia, bimbing dia supaya bangkit. kerana itu kita mempunyai kawan, sebagai penguat semangat di kala berjauhan dengan keluarga tersayang.
masalah, jika nak dilistkan memang takkan habis. kerana kita hanya melihat masalah itu sahaja, tanpa berfikir kenapa kita dikirimkan dengan dugaan sebegitu. tiada yang mudah dalam hidup. ajar hati agar kuat. mungkin hari ini, kau lah manusia paling sedih. esok siapa tahu, kaulah mansuia paling bahagia. teman, hadapi dengan tenang. jika perlukan tempat untuk meluahkan, aku sentiasa bersedia. jangan simpan seorang diri, bimbang akan menjadi tekanan pada diri. banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dalam hidup, jangan mudah patah semangat. Stay Qawiy ;)











