Friday, 25 September 2015

L.I.F.E

Assalamualaikum ^_^

Terdetik & tergerak hati nak buat blog. Motif ? Nothing !





Aku suka quotes ni sebab apa yang disampaikan memang betul.. Dalam hidup, kita tak boleh jangka pun siapa yang akan hadir dalam hidup kita & stay bersama kita dalam apa jua keadaan. Dan kita tak boleh nak jangka siapa yang datang dalam hidup kita hanya sebagai persinggahan, dan yang lebih menyakitkan adalah yang datang untuk memberi pengajaran kepada kita. Kenapa aku cakap sakit ? Sebab yang menyakitkan adalah bila orang tu datang dan ambil hati kita then tinggalkan kita macam tu je.. Sebab tu lah kesakitan tu boleh dijadikan sebagai pengajaran. 

Jadi, kita jangan mudah serahkan hati kat manusia sebab belum tentu kekal. Lainlah kalau yang dah kahwin kan.. Alhamdulillah.... Sebaiknya, serahkan hati kepada Allah dan Dia akan hantarkan orang yang terbaik untuk kita. Trust HIM, in shaa Allah..


So disebabkan aku masih bergelar student aku lebih utamakan pelajaran & harapan mak ayah aku. Jodoh, kalau takde kat dunia mungkin nanti jumpa kat SANA.. And the best thing is, hidup SINGLE tak pernah merugikan pun.. Setakat ni aku hidup single takde masalah pun. Single is better, siapa yang dah berpunya tu aku -no comment-.. Pandai-pandai sendiri lah ye.. okbai <3

maaf andai terkasar bahasa. hanya menyuarakan pendapat, peace ! ^_^
AsSalam..


Anyeong~

No comments:

Post a Comment