Wednesday, 6 April 2016

HATI, PLEASE HATI-HATI

Assalamualaikum ^_^

Hrmmm.. Lamanya dah tak bukak blog ni. Kesian dia. Sem lepas teruk giler kot dengan takde wifi kat bilik, pastu laptop pulak problem, dengan nak prepare untuk final lagi. Sampai terabai blog aku ni. huhu. Sebenarnya aku pon takde feeling gak nak update blog ni, tapi disebabkan hari ni aku ada banyak masa terluang so gatal jugak lah tangan aku nak menaip.

Ok, kebelakangan ni kan macam-macam yang berlaku dalam kehidupan aku. Alhamdulillah, dugaan yang aku hadapi tak lah seberat dugaan orang lain dan aku masih mampu lagi nak happy happy dalam hidup ni. Tak nak lah sedih memanjang, nanti cepat tua.. muehehe. Gurau2.

Pernah tak kekadang kan, kau rasa down giler, sedih giler, pastu masa habis solat tu terus gugur air mata nangis atas sejadah ? Kebelakangan ni kan, aku selalu je rasa susah nak tidur, tak nak makan, nasib la aku tak rasa malas nak mandi kalau tak mesti orang cakap aku tengah sakit angau bercinta. Hrmmm. Aku tak tahu kenapa aku boleh tetiba sedih, tapi yang pasti aku tak nak orang lain walaupun family aku nampak aku sedih. Paling-paling pun aku buat la muka serious, muka takde perasaan biar orang tak tahu apa yang aku rasa.

Hati kita ni kan, kekadang kita tak tahu apa yang dia nak. Tiba-tiba dia sedih, tiba-tiba dia rasa happy je rasa berbunga-bunga je. Seriously, otak aku kekadang tak boleh tafsir apa hati aku nak. Tapi kan, lepas berdoa, luahkan kat DIA, aku jadi tenang balik, jadi macam biasa. Mungkin ada sesuatu yang aku nak tapi aku cuba nafikan. Okay itu personal giler k, biar aku dan DIA je tahu.

Cuma satu je lah, jangan berharap sangat kat manusia ni. Kau luah macam mana pun dekat dia, takkan sama dengan perasaan bila kau luah kat Allah. Dugaan ni datang dalam berbagai bentuk, kekadang dari segi kewangan, dari segi kesihatan, hati pun kekadang boleh jadi dugaan jugak. So kita kena pandai manage la walau macam mana sekalipun, percaya bahawa Allah dah atur kehidupan kita. Kita dipertemukan dengan dia sebab Allah dah rancang, kita berpisah dengan dia sebab Allah dah rancang... 

Allah dah cipta jalan cerita bagi setiap seorang daripada kita. Kita kena pandai mainkan peranan dan lakonkan watak masing-masing. Sama ada pengakhirannya baik atau buruk itu terserah kepada kita. Hidup tak susah, dan hidup juga tak senang. Kalau jatuh, bangun balik, Allah sentiasa bersama kita. Hati, mohon kuat ! Always believe, Allah sayang aku ^_^

p/s: alaaa emoticon aku yg comel tu takde dah.. sebab laptop lama dah condemn :'(
okbai.. Assalam..

No comments:

Post a Comment