Thursday, 26 May 2016

Assalamualaikum ^_^

pernah tak dengar orang selalu cakap "ko tak faham masalah aku, ko tak rasa apa yang aku rasa. ko bukan di tempat aku, ko tak faham apa yang aku rasa."

okay, firstly semua manusia dekat dunia ni ada masalah. even budak kecil sekali pun. anak saudara aku akan jadi masalah dekat dia kalau dia tak boleh bukak sumi yang dia nak makan. tapi ye lah, takkan nak samakan masalah kita yang dah dewasa ni dengan budak-budak kan. tapi jangan disebabkan masalah kita, ia menjadi masalah dekat orang lain jugak. kalau kita nak orang berada di tempat kita, rasa apa yang kita rasa memang takkan sama. terkadang kita tak tahu pun ada orang yang berdepan dengan masalah yang lagi besar dari kita tapi dia cuba hadapi, cuba bangun walaupun sendiri, cuba kuat walupun mungkin hayatnya hanya sementara.

jangan sesekali minta orang lain untuk berada di tempat kita, kerana meskipun dia berada di tempat kita ia takkan sama. mungkin cara dia menghadapi masalah tu tak sama dengan kita. jika seseorang tu benar-benar memahami kita dia akan cuba letakkan diri dia dalam situasi kita, tapi at the end, tetap takkan sama. apa pun masalah kita, kalau dah tak mampu hadapi, luahkan kepada orang yang terdekat, yang boleh dipercayai dan yang lebih utama iaitu Allah. DIA uji sebab dia tahu kita mampu. banyakkan bersabar teman.

dan sebagai seorang teman, fahami situasi kawan kita, jangan diejek jangan disindir. tidak semua manusia sekuat itu, ada yang mudah jatuh hanya kerana keputusan peperiksaan teruk, ada yang jatuh bila putus kawan, ada yang jatuh bila kehilangan ibu bapa. jangan expect semua dugaan dia boleh harungi setabah engkau, bantu dia, bimbing dia supaya bangkit. kerana itu kita mempunyai kawan, sebagai penguat semangat di kala berjauhan dengan keluarga tersayang.


masalah, jika nak dilistkan memang takkan habis. kerana kita hanya melihat masalah itu sahaja, tanpa berfikir kenapa kita dikirimkan dengan dugaan sebegitu. tiada yang mudah dalam hidup. ajar hati agar kuat. mungkin hari ini, kau lah manusia paling sedih. esok siapa tahu, kaulah mansuia paling bahagia. teman, hadapi dengan tenang. jika perlukan tempat untuk meluahkan, aku sentiasa bersedia. jangan simpan seorang diri, bimbang akan menjadi tekanan pada diri. banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dalam hidup, jangan mudah patah semangat. Stay Qawiy ;)

Monday, 18 April 2016

Awesome Experience

Assalamualaikum penghuni maya ^_^

Haa aku baru je balik dari Amali Dakwah kat kampung orang asli. Serious, best weh ! Pengalaman tu takkan jumpa kat mana-mana. Masa sebelum pegi tu gabra jugak la, nak masuk kampung orang asli kot. Agak thrill jugak la jalan nak masuk kampung tu, tapi fun. Kitorang kena naik 10 buah Hilux selama 2 jam nak masuk ke kampung tu. Dalam masa 2 jam tu aku & member2 menyanyi la kan untuk hilangkan rasa mabuk dgn jalan yg terhuyung-hayang tu. Tapi serious la, sepanjang perjalanan tu kami dijamu dgn permandangan yg sgt cantik, indah, rare, takkan jumpa pon dekat bandar.

Lepas tu masuk kampung tu pulak, kami terpegun skejap.. SUBHANALLAH cantiknya kampung ni.. Dengan sungai yg mengalir, udara yg bersih, rumah kayu yg berderet2, dgn pokok2 tumbuh-tumbuhan yg hijau mcm dlm lukisan. Cantik sgt !! Kalau nak diceritakan keseronokan kat kmpg tu mmg takkan habis lah kan, apa yg aku nak share kat sini adalah pengalaman spnjg amali dakwah kat sana.

Masa kitorang nak bagi sumbangan pakaian dekat keluarga angkat, dgn keadaan manusia berebut2 nak pilih baju yg cantik2, aku terpandang sekumpulan kanak2 lelaki orang asli ni kat bahagian longgokan baju terpakai untuk lelaki. Diorang try baju yg diorang nak, sarung baju & seluar dekat badan diorang pastu gelak-gelak sesama diorang. Guess what ? Aku tersentuh tengok diorang masa tu. Diorang happy sgt dapat pilih baju sendiri sedangkn itu adalah baju smbangan drpd kami. Lagi best, diorang guna baju & seluar tu smpai ke ptg. Mlm tu baru diorang tukar bju biasa.

Aku terfikir, diorang yg hidup dekat pedalaman tu blh bergelak tawa, bahagia dgn kehidupan diorang. Kalau nak dibandingkan dgn kehidupan aku, aku tahu diorang lagi susah. Tapi diorang selalu je happy, seolah-olah takde masalah. Kita ni, kalau tak blh beli apa yg kita nak mula la meroyan tak tentu pasal. Padahal diorang tak kisah pun benda2 mcm tu. Bila kita bagi, diorang terima je dgn perasaan gembira. Paling best part makanan. Mak angkat aku ataupun kitorang gelar sbg 'amek' selalu masak ubi rebus, ubi goreng, ikan goreng yg fresh, & bnyak lagi makanan yg sedap2 drpd ayam & daging tu smua. Rindu pulak dgn masakan 'amek' tu. 

Lagi satu aku perasan, selama 5 hari dekat perkampungan org asli tu aku tak online pon. Sebab takde line & susah nak charge handphone. Aku tak sangka pulak selama 5 hari tu aku blh hidup tanpa handphone, malahan aku rasa masa aku lebih bnyak diluangkan utk benda2 yg berfaedah. Tak mati pon takde handphone. hihi. Sebenarnya, amali ni lebih mengajar aku supaya bersyukur dgn apa yg kita ada barulah hidup happy. Kalau kita sentiasa merasa tak cukup dlm kehidupan kita mmg sampai bila2 pun takkan bahagia. Bersyukurlah, kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada lagi manusia yg lebih susah dari kita.

member aku ambik gambar guna iphone.. ini bkn lukisan, ini real !


Sekian, AsSalam..

Wednesday, 6 April 2016

HATI, PLEASE HATI-HATI

Assalamualaikum ^_^

Hrmmm.. Lamanya dah tak bukak blog ni. Kesian dia. Sem lepas teruk giler kot dengan takde wifi kat bilik, pastu laptop pulak problem, dengan nak prepare untuk final lagi. Sampai terabai blog aku ni. huhu. Sebenarnya aku pon takde feeling gak nak update blog ni, tapi disebabkan hari ni aku ada banyak masa terluang so gatal jugak lah tangan aku nak menaip.

Ok, kebelakangan ni kan macam-macam yang berlaku dalam kehidupan aku. Alhamdulillah, dugaan yang aku hadapi tak lah seberat dugaan orang lain dan aku masih mampu lagi nak happy happy dalam hidup ni. Tak nak lah sedih memanjang, nanti cepat tua.. muehehe. Gurau2.

Pernah tak kekadang kan, kau rasa down giler, sedih giler, pastu masa habis solat tu terus gugur air mata nangis atas sejadah ? Kebelakangan ni kan, aku selalu je rasa susah nak tidur, tak nak makan, nasib la aku tak rasa malas nak mandi kalau tak mesti orang cakap aku tengah sakit angau bercinta. Hrmmm. Aku tak tahu kenapa aku boleh tetiba sedih, tapi yang pasti aku tak nak orang lain walaupun family aku nampak aku sedih. Paling-paling pun aku buat la muka serious, muka takde perasaan biar orang tak tahu apa yang aku rasa.

Hati kita ni kan, kekadang kita tak tahu apa yang dia nak. Tiba-tiba dia sedih, tiba-tiba dia rasa happy je rasa berbunga-bunga je. Seriously, otak aku kekadang tak boleh tafsir apa hati aku nak. Tapi kan, lepas berdoa, luahkan kat DIA, aku jadi tenang balik, jadi macam biasa. Mungkin ada sesuatu yang aku nak tapi aku cuba nafikan. Okay itu personal giler k, biar aku dan DIA je tahu.

Cuma satu je lah, jangan berharap sangat kat manusia ni. Kau luah macam mana pun dekat dia, takkan sama dengan perasaan bila kau luah kat Allah. Dugaan ni datang dalam berbagai bentuk, kekadang dari segi kewangan, dari segi kesihatan, hati pun kekadang boleh jadi dugaan jugak. So kita kena pandai manage la walau macam mana sekalipun, percaya bahawa Allah dah atur kehidupan kita. Kita dipertemukan dengan dia sebab Allah dah rancang, kita berpisah dengan dia sebab Allah dah rancang... 

Allah dah cipta jalan cerita bagi setiap seorang daripada kita. Kita kena pandai mainkan peranan dan lakonkan watak masing-masing. Sama ada pengakhirannya baik atau buruk itu terserah kepada kita. Hidup tak susah, dan hidup juga tak senang. Kalau jatuh, bangun balik, Allah sentiasa bersama kita. Hati, mohon kuat ! Always believe, Allah sayang aku ^_^

p/s: alaaa emoticon aku yg comel tu takde dah.. sebab laptop lama dah condemn :'(
okbai.. Assalam..