Monday, 28 September 2015

True Friend always be there

Assalamualaikum ^_^
*cuaca sekarang: hujan lebat di tengahari sementara menunggu kelas petang*

Korang ada kawan ? Mesti ada kan ? Paling ciput pun mesti ada sorang. Kan ?
Pernah rasa hilang kawan ? Kawan yang korang rapat sangat, tapi lepas dah lama sibuk dengan study masing-masing lost contact. Dan yang menyedihkan bila kita try nak contact balik, dia menjauh.. 

Dan, aku RINDU sangat dengan kawan aku tu. Kawan perempuan okay, bukan lelaki. Mungkin ada masa dia perlukan aku tapi aku sibuk sangat dengan study sampai tak layan dia. Sebab tu dia jauh hati kot.. 

Cerita tentang kawan, kawan yang rapat dengan aku bukanlah mereka yang bertudung labuh, yang alim, cuma gadis sederhana, jaga solat, tutup aurat yang sepatutnya. Kami sama-sama ke arah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, in shaa Allah. Doakan kami.. hihi

Kadang-kadang kita nak sangat kawan kita share semua masalah dia dengan kita. Tapi kita kena faham tak semua masalah boleh diluahkan walau macam mana rapat sekali pun kita dengan seseorang. Ada perkara yang lebih selesa dipendam dan diselesaikan sendiri. Mungkin dia tak nak susahkan kita. Aku ada kawan yang hidupnya susah tapi jarang sekali aku dengar dia merungut. Jika dibandingkan kehidupan kami, aku tahu kehidupan dia lebih susah dan dia lebih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dalam usia yang begitu muda. Kita boleh support dia, permudahkan dia, dan selalu ada untuk dia.

Tak perlu sibuk kumpul kawan ramai-ramai tapi bila waktu susah & sedih kita keseorangan. Lebih baik ada kawan yang sedikit tapi mereka faham kita, tahu baik buruk kita, & sentiasa ada dengan kita. Bukan senang nak cari seorang kawan yang boleh tahan kerenah kita & ada masa susah senang kita, jadi bila dah jumpa hargailah. Kita tak tau sampai bila Allah akan pinjamkan mereka dengan kita, jadi hargailah. Kalau boleh kita sama-sama bawa mereka ke arah kebaikan. Tak salah kalau nak 'have fun' sama-sama asalkan kita tak buat benda yang salah & masih ingat batas-batas kita. So, hargailah..



*apa-apa pun, bagi aku FAMILY is number ONE ! & kawan-kawan aku pun FAMILY aku jugak ! 
OK, Ready nak masuk kuliah.. AsSalam...





Friday, 25 September 2015

L.I.F.E

Assalamualaikum ^_^

Terdetik & tergerak hati nak buat blog. Motif ? Nothing !





Aku suka quotes ni sebab apa yang disampaikan memang betul.. Dalam hidup, kita tak boleh jangka pun siapa yang akan hadir dalam hidup kita & stay bersama kita dalam apa jua keadaan. Dan kita tak boleh nak jangka siapa yang datang dalam hidup kita hanya sebagai persinggahan, dan yang lebih menyakitkan adalah yang datang untuk memberi pengajaran kepada kita. Kenapa aku cakap sakit ? Sebab yang menyakitkan adalah bila orang tu datang dan ambil hati kita then tinggalkan kita macam tu je.. Sebab tu lah kesakitan tu boleh dijadikan sebagai pengajaran. 

Jadi, kita jangan mudah serahkan hati kat manusia sebab belum tentu kekal. Lainlah kalau yang dah kahwin kan.. Alhamdulillah.... Sebaiknya, serahkan hati kepada Allah dan Dia akan hantarkan orang yang terbaik untuk kita. Trust HIM, in shaa Allah..


So disebabkan aku masih bergelar student aku lebih utamakan pelajaran & harapan mak ayah aku. Jodoh, kalau takde kat dunia mungkin nanti jumpa kat SANA.. And the best thing is, hidup SINGLE tak pernah merugikan pun.. Setakat ni aku hidup single takde masalah pun. Single is better, siapa yang dah berpunya tu aku -no comment-.. Pandai-pandai sendiri lah ye.. okbai <3

maaf andai terkasar bahasa. hanya menyuarakan pendapat, peace ! ^_^
AsSalam..


Anyeong~