Assalamualaikum ^_^
Korang pernah tak terlalu sibuk sampai lupa nak call mak & ayah kat rumah ?
Ok aku ngaku, aku pernah. Suatu petang yang sejuk dengan turunnya hujan yang lebat, aku teringat kat mak aku kat rumah so aku pun call la orang kat rumah. Aku cakap ngan mak, tetiba mak bagitahu dah lama anak dia ni tak call dia. Dah masok 2 minggu. Aku tersentak jugak la mak aku cakap macam tu. then aku tanya la, Betol ke dah 2 minggu aku tak call ? Mak aku cakap dia kira bermula dari hari apa anak dia call & dia tunggu panggilan dari anak dia.
Masa tu aku rasa kilat yang sabung-menyabung tu dah panah hati aku. Aku terkejut sangat. Tak sangka pulak yang mak aku sampai kira berapa lama dah aku tak call. Mak cakap dia rindu. Mula lah aku sebak, mak pun memang dah awal2 lagi dah sebak. So kitorang 2 beranak menangis berjemaah bersama dengan hujan yang turun dengan lebatnya.
Lepas tu aku mintak maaf kat mak aku. Aku cakap la aku sibuk lagipun aku jimat kredit takut ada kecemasan. Ye lah ekonomi budak U faham2 je lah kan. Tapi sepatutnya aku tak boleh berkira nak call mak ayah kat rumah. Kesian mak, dia tunggu rupanya. Mak, mintak maaf sangat-sangat. Orang janji tak buat lagi. Lepas ni busy macam mana pun orang akan cari masa call mak. Maaf mak (kan best kalau mak aku baca entry ni).
So korang, kalau ada masa tu call lah mak ayah bertanya khabar. Jangan jadi macam aku. Mak & ayah kita, diorang nak call tapi takut ganggu kita tengah busy study. So kita sebagai anak lah yang kena call selalu. Hargai sementara ada. Kita tak tahu berapa lama lagi mereka akan bersama dengan kita. Apa guna belajar tinggi2 tapi lupa kat orang tua yang dah besarkan kita. Bahagia yang sebenar adalah apabila mak & ayah kita bahagia. Kau tanya khabar pun diorang dah happy. Diorang tak mintak duit pun. Cukuplah sekadar korang ingat kat diorang dan sentiasa contact diorang.
Aku ada baca buku karya Faiz ibrahim, Rehabilitasi & Reinkarnasi. Dia banyak cerita pasal kehidupan. Aku kagum kat dia sebab dia sanggup berhenti belajar kat universiti demi nak jaga mak dia & lepas tu dia sanggup belajar jarak jauh demi mak dia. Walaupun buku dia simple tapi berdasarkan apa yang dia sampaikan aku tersentuh jugak la sebab kebanyakan yang dia cerita adalah realiti kehidupan yang aku pun pernah lalui. Buku tu jugak banyak bagi kesedaran kat aku, kalau kita bahagiakan orang tua in shaa Allah, Dia akan bagi jalan untuk kita berjaya melalui jalan yang kita tak jangka.
Kesimpulannya, jagalah & hargailah kedua orang tua kita sementara masih ada. Tak rugi pun, bahkan Allah makin sayang. Renung2kan & selamat beramal. AsSalam.
![]() |
| Rindu Mak & Ayah |









